Panduan



Langkah 1

 -> Panduan Permohonan
Sila baca panduan permohonan ini dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan kemasukan ke SEK MEN pilihan anda .

Langkah 2
 -> Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk ialah mendapat keputusan 5A dalam UPSR.
Manakala bagi permohonan ke Asrama Yayasan Terengganu Kemaman ialah 4A 1B dan 3A 2 B.

Langkah 3
 -> Pengisian Borang Permohonan
Pemohon boleh membuat pemilihan sekolah mengikut keutamaan, tetapi keputusan adalah tertakluk kepada keputusan temuduga dan kekosongan tempat yang ada di sekolah berkenaan.

Pemohon diingatkan supaya mengisi maklumat diri di ruangan yang disediakan. Item yang ditandakan * adalah wajib diisi, sekiranya ditinggalkan kosong, mesej akan dipaparkan.

Pendaftaran tempat temuduga hanya untuk SEK MEN IMTIAZ sahaja.

Setelah borang diisi dengan lengkap, sila klik butang ‘proses’ untuk penyimpanan borang.

 -> Semak Borang Permohonan
Pemohon boleh menyemak semua maklumat diri selepas menekan butang proses. No rujukan akan diberikan. Anda Dinasihatkan supaya mencetak maklumat tersebut dengan menekan butang cetak, untuk tujuan rujukan/ simpanan.      

Langkah 4
 -> Semakan Temuduga
Semakan tempat dan tarikh temuduga secara ‘online’ boleh dibuat apabila dimaklumkan di dalam laman web. Namun begitu, Surat rasmi panggilan temuduga akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.
Sila bawa bersama borang permohonan yang telah dicetak bersama-sama dokumen yang telah disahkan pada hari temuduga.
Bagi pemohonan ke Asrama Yayasan Terengganu Kemaman tiada temuduga dijalankan.

Langkah 5
 -> Semakan Keputusan
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan selepas proses pemilihan dan senaraipendek dibuat oleh pengurusan. Ianya boleh disemak secara online melalui laman web ini.
Surat Tawaran Rasmi akan dihantar kepada pemohon yang berjaya.