spacer.png, 0 kB
ProfilInteraktifIntranetSudut ICT

Menu Utama

Laman Utama
Perutusan Pengarah
Profil
Info Tajaan
Info Bantuan (Dana Khas)
Info Bantuan Pelajaran
Info Pendidikan
Info Bayaran Balik
Interaktif
Berita
Tazkirah
e-Akhbar
Webmail
YTRG's eGroupWare
Muat Turun
Galeri
Pautan
Buku Pelawat
YTRG's Helpdesk
Hubungi Kami
Peta Laman

Daftar Masuk (Kakitangan Sahaja)






Lost Password?
No account yet? Register

Pautan Pantas

Adobe Reader Mozilla Firefox




Firefox 3 Adobe Reader

Petikan Al-Quran


spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB

Pengumuman


  1. Untuk makluman, penyata pinjaman dan juga pertanyaan baki boleh disemak melalui pautan Interaktif.
  2. Permohonan mengikuti program pengajian lepasan SPM/ setataf di IPTA sesi 2008/2009 secara online. Sila layari http://www.mohe.gov.my. Para pelajar boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di Pusat Bestari.Com setiap DUN dan di  One Stop Centre, Yayasan Terengganu.
 
Iklan PDF Print E-mail

Permohonan

  • Iklan
    • Iklan akan dikeluar dan diedarkan kepada pusat pengajian - Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Unit Rundingcara, media dan jabatan-jabatan kerajaan.
    • Masa iklan dikeluarkan :
    IPTS dan IPTA : Mei dan  Oktober
    TAME : Disember
    Timur Tengah : April
    India, Pakistan, Ukraine, Indonesia dan Russia : Mei
    Negara-negara Eropah : Mei
    IPT terkemuka di United Kingdom dan USA : Mei
    Institusi Latihan Teknikal : Mei
    Kemahiran MLVK    Mac
    Program A-Level
    Februari
    Lesen Jurutrebang
    Februari
    Indonesia
    Februari

  • Borang Pinjaman boleh dimuat turun pada pautan Menu Utama-Muat Turun-Dokumen-Borang Pinjaman

 


BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2008/2009




Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-


1.    KURSUS DAN INSTITUSI PENGAJIAN

i.    Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Indonesia – Brawijaya (UNIBRAW), Padjadjaran (UNPAD), Airlangga (UNAIR), Gadjah Mada (UGM) dan Sumatera Utara (USU).

ii.    Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Mesir.

iii.    Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir dan Jordan – Universiti Al-al Bayt, Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.

iv.    Lesen Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang (Aircraft Maintenance Engineer’s Licence [AMEL]).

v.    Lesen Juruterbang Kapal Terbang Komersial (CPL/A).

vi. Program A-Level, South Australian Matriculation, New South Wales Matriculation, International Baccalaureat, American Degree Foundation Programme dan Program Persediaan ke Jepun.


2.    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman. 

ii. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.





3.    KELAYAKAN AKADEMIK

i.    Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Indonesia.

a.    Lulus Matrikulasi daripada Pusat-Pusat Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mendapat CGPA 3.50 dan keatas serta memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pelajar-pelajar yang sedang berada di Semester I dibenarkan memohon dengan syarat  mendapat GPA 3.50 dan keatas,  ATAU   

b.    Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam aliran sains dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dan 2B,  ATAU 

c.    Lulus Program Pra Perubatan anjuran IPTS yang membuat program usahasama dengan universiti-universiti di Indonesia serta mendapat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA/LAN) dengan pencapaian CGPA 3.75 serta lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Kimia dan Biologi.

ii.    Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Mesir.

a.    Lulus SPM dengan mendapat A dalam enam (6) subjek termasuk tiga (3) subjek Sains Tulin, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris, ATAU

b.    Lulus program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memperolehi CGPA 3.50 dan keatas, DAN 

c.    Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM.

d.    Calon-calon yang boleh menguasai Bahasa Arab dengan baik adalah diutamakan.

iii.    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir.

a.    Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat pangkat ‘Jayyid’ dan diterima masuk keperingkat Ijazah Sarjana Muda, ATAU

b.    Lulus Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dengan mendapat CGPA 3.00 dan keatas. Pelajar-pelajar yang sedang berada di semester enam (6) dibenarkan memohon dengan syarat pencapaian GPA sehingga semester lima (5) ialah 3.00 dan keatas. Bagaimanapun, pertimbangan tawaran pinjaman adalah tertakluk kepada pencapaian CGPA 3.00 dan keatas  bagi tempoh enam semester yang ditetapkan, ATAU



c.    Lulus Sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman atau diiktiraf setaraf dengannya, dengan mendapat pangkat sekurang-kurangnya ‘Jayyid’ dan diterima masuk ke peringkat Takhassus Maahad Tahfiz Al-Azhar, DAN

d.    Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.


iv.    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan.

a.    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran berikut:-

    i.    Bahasa  Arab Tinggi / Komunikasi
    ii.    Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah
    iii.    Pendidikan Syariah Islamiah DAN
    iv.    Bahasa Melayu ATAU

b.    Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat “Jayyid” atau Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu.

v.    Lesen Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang (Aircraft Maintenance Engineer’s Licence [AMEL]).

        a.    Berumur antara 21 hingga 26 tahun.

b.    Memiliki kelulusan diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Aeronautik atau Kejuruteraan Mekanikal atau Mekatronik atau Kejuruteraan Elektrik dari UTM, UiTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia semasa memohon.

c.    Sihat dari segi fizikal, mental, baik penglihatan dan tidak rabun warna.

     vi.    Lesen Juruterbang Kapal Terbang Komersial (CPL/A).

        a.    Berumur antara 18 hingga 26 tahun.

b.    Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya B dalam  Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Inggeris dan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu.

c.    Lulus peperiksaan perubatan Class 1. Peperiksaan ini hendaklah disempurnakan oleh calon-calon yang berjaya dalam ujian pemilihan dan temuduga yang akan dikendalikan oleh Yayasan Terengganu dan Akademi Penerbangan.


vii.    Program A-Level, South Australian Matriculation, New South Wales Matriculation, International Baccalaureat dan American Degree Foundation Programme, Program Persediaan ke Jepun.

a.    Lulus cemerlang diperingkat SPM 2007 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A1 termasuk subjek teras.

b.    Lulus ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga yang dikendalikan oleh Panel Pelajar Cemerlang Terengganu.


4.    TEMPOH PINJAMAN

    a.    Perubatan di Indonesia    -    5 hingga 6 tahun.
    b.    Pergigian di Indonesia    -    5 tahun.
    c.    Perubatan di Mesir        -    6 tahun.
    d.    Pergigian di Mesir        -    5 tahun.
    e.    Pengajian Islam dan        -    1 hingga 2 tahun (lulusan Diploma).
        Bahasa Arab                3 tahun (lulusan Maahad Tahfiz).
                            4 tahun (lulusan STAM).   
    f.    AMEL                -    3 tahun.
    g.    CPL/A                -    1 ½ tahun.
    h.    A-Level / Kursus Persediaan    -    1 ½ hingga 2 tahun.

5.    CARA MEMOHON

a.    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati daripada Pejabat Yayasan Terengganu.

b.    Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu: http://www.ytrg.terengganu.gov.my.


6.    DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-

a.    Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.

b.    Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (transkrip).

c.    Lima (5) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke Indonesia dan Mesir).



7.    TARIKH TUTUP

Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu pada atau sebelum tempoh berikut:

a.    31 Mac 2008 bagi Perubatan dan Pergigian di Indonesia, Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mesir serta Jordan (kemasukan berdasarkan Diploma), Lesen Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang (Aircraft Maintenance Engineer’s Licence [AMEL]) dan Lesen Juruterbang Kapal Terbang Komersial (CPL/A).

b.    Dua (2) minggu selepas keputusan SPM, STPM serta STAM 2007 dikeluarkan bagi pemohon yang akan mengikuti Kursus Perubatan dan Pergigian di Mesir dan Indonesia (kemasukan berdasarkan (STPM), A-Level dan Pengajian Islam/Bahasa Arab di Mesir serta Jordan (kemasukan berdasarkan  SPM dan STAM).   


8.    TEMUDUGA

a.    Pemohon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menjalani ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga.

b.    Pemohon-pemohon ke Indonesia akan menduduki ujian kemasukan yang dikendalikan sendiri oleh pihak universiti-universiti di Indonesia disamping ujian kelayakan dan temuduga oleh Yayasan Terengganu.

c.    Pemohon-pemohon yang lulus dalam ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga akan ditawarkan pinjaman. Bagi mereka yang akan ke Indonesia, Mesir dan Jordan, tawaran pinjaman akan diasaskan juga kepada kebenaran dan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

d.    Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.






YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU.


20 Februari 2008.

 
< Prev   Next >
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB