spacer.png, 0 kB
ProfilInteraktifIntranetSudut ICT

Menu Utama

Laman Utama
Perutusan Pengarah
Profil
Info Tajaan
Info Bantuan (Dana Khas)
Info Bantuan Pelajaran
Info Pendidikan
Info Bayaran Balik
Interaktif
Berita
Tazkirah
e-Akhbar
Webmail
YTRG's eGroupWare
Muat Turun
Galeri
Pautan
Buku Pelawat
YTRG's Helpdesk
Hubungi Kami
Peta Laman

Daftar Masuk (Kakitangan Sahaja)






Lost Password?
No account yet? Register

Pautan Pantas

Adobe Reader Mozilla Firefox




Firefox 3 Adobe Reader

Petikan Al-Quran


spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB

Pengumuman


  1. Untuk makluman, penyata pinjaman dan juga pertanyaan baki boleh disemak melalui pautan Interaktif.
  2. Permohonan mengikuti program pengajian lepasan SPM/ setataf di IPTA sesi 2008/2009 secara online. Sila layari http://www.mohe.gov.my. Para pelajar boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di Pusat Bestari.Com setiap DUN dan di  One Stop Centre, Yayasan Terengganu.
 
Laman Utama arrow Info Tajaan arrow Penajaan Pelajar
Penajaan Pelajar PDF Print E-mail
Written by tajaan   

a. TAJAAN PELAJAR KE IPTA

IPTA yang terlibat ialah:

  • Universiti Malaya (UM).
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Universiti Putra Malaysia (UPM).
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Universiti Utara Malaysia (UUM).
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia KUSTEM).
  • Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
  • Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
  • Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).
  • Kolej Universiti Kej. dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).
  • Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
  • Universiti Darul Imam Malaysia (UDM).
  • Politeknik-politeknik.

Tajaan juga turut melibatkan beberapa buah institusi pengajian milik kerajaan negeri dan beberapa buah kementerian, iaitu :

  • Terengganu Advanced Technical Institute (TATI).
  • Kolej Yayasan Terengganu (KYT).
  • Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

b. TAJAAN PELAJAR KE IPTS

Penajaan pelajar ke IPTS pula tertumpu kepada IPTS yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan menjalankan kursus-kursus yang dilulus dan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Antara IPTS yang menjadi fokus utama ialah:

  • Universiti Multimedia (MMU).
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL).
  • Universiti Terbuka Malaysia.

IPTS-IPTS selain dari senarai di atas akan ditentukan berdasarkan kelulusan JPS, LAN dan program kerjasama yang dijalankan dengan IPTA.

c. TAJAAN PROGRAM 'TRAINEE AIRCRAFT MAINTENANCE ENGINEER' (TAME)

Yayasan Terengganu turut menaja pelajar-pelajar negeri ini bagi mengikuti program TAME selama tiga tahun (enam semester) bagi melayakkan mereka memperolehi Lesen Jurutera Penyenggaraan Pesawat Terbang mulai 2006. Program ini telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Program ini dikendalikan oleh Aero Precision Resourses (APR) - Aviation Training Centre (ATC) dan pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (OJT) pula dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad.

d. TAJAAN KE PROGRAM FOUNDATION: A-LEVEL, SOUTH AUSTRALIAN MATRICULATION, NEW SOUTH WALES MATRIKULATION, INTERNATIONAL BACCALAUREAT DAN AMERICAN DEGREE FOUNDATION

Yayasan Terengganu turut menaja pelajar Bumiputera negeri ini untuk mengikuti program di atas mulai 2005/2006. Butiran kelulusan adalah seperti berikut:

  • Menawarkan biasiswa kepada 10 pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 8 A1 dalam SPM dengan ketetapan biasiswa:
    • Elaun Sara Hidup : RM300.00 sebulan
    • Tempoh tawaran : Dua tahun
    • Yuran pengajian berdasarkan tuntutan.

  • Pusat pengajian yang mengendalikan program ini yang dikenal pasti termasuklah:
    • Kolej Damansara Utama
    • Kolej Taylor
    • Kolej Universiti Sunway
    • Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin
    • Kolej Teknologi Timur, Sepang
    • International Education Centre (INTEC) UiTM, Shah Alam.

  • Pelajar-pelajar yang tamat dengan jayanya akan ditawarkan 'pinjaman boleh ubah' untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah di 'Top Ten University' seperti Harvard University dan MIT di Amerika Syarikat atau Cambridge University dan Oxford University di United Kingdom dan lain-lain.


  • Pemilihan pelajar dilakukan oleh Panel Pelajar Cemerlang Terengganu yang dipilih oleh Jawatankuasa Tajaan & Pendidikan Yayasan Terengganu.


  • Lulusan program ini yang gagal mendapat tempat di 'Top Ten University' dipersetujui dihantar untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti-universiti di negara-negara Eropah atau Indonesia.


e. TAJAAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LUAR NEGARA

Tajaan pelajar ke institusi pengajian tinggi luar negara dibuat berdasarkan kepada institusi pengajian dan kursus yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi kursus Perubatan. Negara-negara yang menjadi tumpuan ialah:

  • Mesir

  • Berfokus kepada kursus Pengajian Islam, Bahasa Arab, Takhassus Al-Quran serta kursus-kursus lain yang diiktiraf oleh kerajaan. Tajaan tersebut melibatkan hanya Universiti Al-Azhar di beberapa cawangan, iaitu:
    • Cawangan Kaherah
    • Cawangan Mansurah
    • Cawangan Shoubra
    • Cawangan Damanhur
    • Cawangan Tanta
    • Cawangan Dumyat
    • Cawangan Shibin El Kom
    • Cawangan Iskandariah
    • Cawangan Zagaziq
    • Cawangan Tafahna Asraf
    • Cairo University (Perubatan)
  • Jordan

  • Penajaan melibatkan kursus Pengajian Islam di institusi-institusi pengajian seperti;
    • Universiti AL aL-Bayt.
    • Universiti Mu'tah.
    • Universiti Yarmaouk.
    • Universiti Jordan, Amman.
  • Morocco*

  • Penajaan lebih tertumpu kepada kursus Pengajian Islam yang melibatkan institusi-institusi pengajian seperti;
    • Universiti Ibn Tofail, Morocco
    • Universiti Mohamed V. Rabat, Morocco

    * Penajaan bergantung kepada keputusan semasa.
  • India
    • Melaka Manipal Medical College (Perubatan)
  • Indonesia
    • Universitas Airlangga.
    • Universitas Padjadjaran, Bandung.
    • Universitas Andalas.
    • Universitas Sumatera Utara, Medan.
    • Universitas Hasanuddin.
    • Universiti Gadjah Mada.
    Mulai sesi 2006/2007, penajaan tertumpu kepada kursus perubatan dan pergigian di universiti-universiti berikut:
    • Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya.
    • Universitas Padjadjaran(UNPAD), Bandung.
    • Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta.
    • Universitas Brawijaya (UNIBRAW), Malang.
    • Universitas Sumatera Utara (USU), Medan
  • Russia
    • Volgograd State Medical (Academy) University
  • Ukraine
    • Crimea State Medical University (penajaan dihentikan mulai 2005/2006, kerana masalah pengiktirafan oleh MMC).
  • Pakistan
    • Dow Medical College.
    • Sindh Medical College.
  • IPT di Negara-Negara Eropah

  • Yayasan Terengganu turut membuka peluang penajaan kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian di negara-negara Eropah yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Finland, Perancis, Belanda dan Swizerland. Kemudahan ini terbuka kepada mereka yang mendapat CGPA 3.50 dan ke atas di peringkat Diploma dan mendapat tawaran di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi. Tawaran penajaan adalah untuk tahun akhir pengajian sahaja dan mencakupi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup.

  • IPT Terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat

  • Dasar penajaan turut diperuntukkan kepada mereka yang mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama dan mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.d di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat (seperti Oxford, Harvard dan sebagainya). Tajaan bagi peringkat ini adalah berbentuk biasiswa.

  • IPT Di United Kingdom dan Amerika Syarikat

  • Yayasan Terengganu juga mempunyai dasar penajaan bagi mengikuti pengajian di pelbagai IPT di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan. Bidang pengajian yang menjadi tumpuan sejak awal tahun 1980an ialah Akauntansi (CACA & ICMA), Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Senibina, Penilaian, Pengurusan Harta, Sains Komputer dan Ukur Bahan. Bagaimanapun, mulai 1988/1989, Yayasan Terengganu memberhentikan penghantaran pelajar ke USA di sebabkan terlalu ramai lulusan daripada universiti-universiti di negara tersebut berbanding dengan permintaan dalam pasaran kerja. Namun, dalam masa yang sama permintaan ke atas kursus-kursus profesional adalah meningkat. Justeru itu Yayasan Terengganu telah mengalih tumpuan dengan menghantar pelajar ke United Kingdom.

    Berikutan dasar semasa kerajaan, Yayasan Terengganu telah menghentikan tajaan pelajar ke United Kingdom mulai sesi 1998/1999.

f. TAJAAN KE INSTITUSI LATIHAN TEKNIKAL

Yayasan Terengganu juga menaja para pelatih yang mengikuti pelbagai kursus kemahiran di institusi latihan teknikal yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP).
  • Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC).
  • Trefound Educare Sdn. Bhd.
  • Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC).
  • Ruane - TATI.

g. DASAR PENAJAAN (PINJAMAN PELAJARAN) BAGI MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA TERENGGANU

Dasar ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar yang ketinggalan dari arus pendidikan perdana mengikuti latihan bercorak kemahiran secara formal.
  • Syarat-syarat Institusi latihan kemahiran:
    • Memenuhi persyaratan sebagai sebuah institusi pengajian swasta dan pentauliahan MLVK atau surat perakuan dari IPTA tempatan.
    • Institusi latihan hendaklah mendaftar dengan Yayasan Terengganu dan mematuhi semua pensyaratan yang dikenakan.
    • Kadar pinjaman adalah merujuk kepada yuran pengajian yang ditetapkan oleh MLVK termasuk elaun saku yang dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman.
    • Permohonan pinjaman mesti dikemukakan melalui institusi latihan dan Yayasan Terengganu akan menentukan jumlah pelajar bagi setiap institusi.
    • Institusi kemahiran di luar Terengganu turut dipertimbangkan jika institusi tersebut menjalankan kursus-kursus yang mempunyai pasaran kerja yang baik serta kursus-kursus berkenaan tidak dijalankan oleh mana-mana pengendali bertauliah di Terengganu.
Last Updated ( Wednesday, 16 January 2008 )
 
Next >
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB