Saiz Teks
Please update your Flash Player to view content.

Permohonan Bantuan Persediaan ke IPTA/IPTS Secara Atas Talian (Online)

Yayasan Terengganu menyediakan Permohonan Bantuan Persediaan ke IPTA / IPTS, Kemahiran Persekutuan dan Asrama Penuh secara Atas Talian Sepenuhnya (Online)

SYARAT-SYARAT MEMOHON

  1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu,bapa/penjaga Rakyat Terengganu (Warganegara Malaysia).
  2. Pemohon bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapat surat pengesahan mastautin ibu,bapa/penjaga daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
  3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN

Untuk makluman, Lembaga Yayasan Terengganu bersetuju untuk menambah syarat tambahan bagi Permohonan Bantuan Persediaan Sesi 2012/2013.

Syarat Tambahan adalah :

" Pertimbangan Bantuan Persediaan ke IPTA/IPTS ini hanya LAYAK kepada pemohon dan keluarga mereka ( Rakyat Terengganu ) yang tinggal / beralamat di Negeri Terengganu SAHAJA ".

PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang Permohonan yang lengkap disahkan (Dicetak dari Permohonan Atas Talian (Online)).
  2. Salinan surat tawaran yang disahkan / serta dibawa salinan ASAL.
  3. Kad pengenalan Pemohon, Ibu, Bapa dan Surat Beranak Pemohon yang disahkan.
  4. Slip peperiksaan UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan IPTA/IPTS).
  5. Sila sertakan salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS).
  6. Ibu/bapa adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon, sertakan salinan kad pengenalan wakil.

CARA MEMOHON

  1. Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) dengan LENGKAP.
  2. Mencetak dan Memuat Turun Borang Permohonan --> Anda perlu mencetak Borang Permohonan ini untuk bagi mendapatkan pengesahan pihak-pihak yang terlibat.
  3. SILA SERAHKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DI ATAS UNTUK SEMAKAN DAN PENGESAHAN AKHIR KE BAHAGIAN TAJAAN , TINGKAT 2, YAYASAN TERENGGANU.

PERMOHONAN ATAS TALIAN (ONLINE)

    Para Pelajar boleh mengisi borang permohonan Bantuan Persediaan dengan klik dibawah :

           1.   Borang Permohonan Bantuan Persediaan

                                  ATAU boleh juga :

            2.  Layari : http://isis.my/yayasanterengganu/

 

MANUAL PERMOHONAN SISTEM ONLINE YAYASAN TERENGGANU

Pelajar boleh memuatturun manual permohonan sistem Online Yayasan Terengganu sebagai rujukan mengisi borang permohonan.

  1. Permohonan Bantuan Persediaan (IPTA) 
  2. Permohonan Bantuan Persediaan (IPTS)
  3. Permohonan Bantuan Persediaan (SBP)
  4. Semakan Tajaan

    Daftar (Kakitangan YT)