1. Bebas untuk pengedaran semula
Lesen tidak boleh mengehadkan mana-mana pihak menjual atau memberi perisian itu sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi atur cara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan untuk mendapatkan sebarang royalti atau bayaran lain bagi mana-mana penjualan tertentu.
2. Kod sumber
Sesuatu atur cara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama atur cara yang dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama kod sumber, ia perlu diberitahu bagi mendapatkan kod sumber sama ada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun secara percuma melalui internet.
Kod sumber mesti dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber kerja asal
Lesen itu membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal dan perlu membenarkan ia diedar mengikut syarat sama dengan lesen perisian asal.
4. Integriti pencipta kod sumber
Lesen itu boleh mengehadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan saja hanya jika lesen itu membenarkan pengedaran ‘fail tampung’ bersama kod sumber dengan tujuan meminda atur cara pada masa pembuatan.
Ia perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang dipinda. Lesen itu mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi berbeza daripada perisian asal.
5. Tiada diskriminasi terhadap individu atau kumpulan
Lesen tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu.
6. Tiada diskriminasi terhadap sesuatu bidang usaha
Lesen itu tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan atur cara berkenaan bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen itu tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan atur cara itu dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.
7. Pengedaran lesen
Hak yang dilampirkan kepada atur cara mestilah boleh diguna pakai semuanya oleh sesiapa yang menerima atur cara itu tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak tertentu.
8. Lesen tidak boleh dikhusus kepada suatu produk
Hak yang dilampirkan kepada atur cara tidak boleh bergantung kepada keadaan atur cara yang ia adalah sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika atur cara diambil daripada pengedaran itu dan diguna atau diedarkan mengikut syarat lesen atur cara berkenaan, semua pihak di mana pengedaran semula atur cara harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran atur cara yang asal.
9. Lesen tidak boleh mengehadkan perisian lain
Lesen itu tidak boleh meletakkan batasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tidak boleh mendesak atur cara lain yang diedarkan pada media yang sama menjadi perisian sumber terbuka.
10. Lesen mesti berbentuk tiada dipengaruhi mana-mana teknologi
Tiada peruntukan bagi lesen diikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antara muka.
================================================
Penganalisis dan penulis buku The Practical Manager’s Guide to Open Source, Maria Winslow, yang boleh dicapai pada laman web www.opensource.mimos.my menjelaskan, tujuh perkara sebenar mengenai OSS yang memberikan kelebihan kepada pengguna dan juga enterpris iaitu:
1. Anda tidak perlu berkongsi segala pembaharuan yang dilakukan terhadap kod sumber perisian bagi kegunaan dalam organisasi.
Ini bermakna anda hanya perlu berkongsi kod sumber berkenaan jika ia diedarkan di luar organisasi atau persendirian. Undang-undang perkongsian bagi OSS ialah ia perlu dikongsi jika diedarkan secara terbuka kepada semua dan bukannya perisian untuk dipasang di dalam komputer organisasi.
2. Perisian yang diterbitkan mengikut Lesen Umum (GPL) tidak boleh ditarik balik.
Lesen Umum (GPL) adalah tetap dan memiliki nilai pada undang-undang, terutamanya jika diedarkan secara percuma kepada orang ramai. Syarikat atau individu hanya boleh mengenakan bayaran kepada pihak lain jika mereka menyediakan nilai tambah kepada perisian berkenaan atau perkhidmatan sokongan kepada perisian itu.
3. Aplikasi yang diatur cara untuk beroperasi pada persekitaran Linux tidak disyaratkan sebagai OSS.
Sistem operasi perisian sumber terbuka dan aplikasi adalah dua entiti berbeza. Ini bermakna pengguna boleh menjual perisian aplikasi yang beroperasi pada persekitaran Linux atau mencipta perisian khusus untuk kegunaan organisasi tanpa melanggar lesen GPL.
4. Aplikasi yang diatur cara menggunakan perkakasan sumber terbuka, bahasa, kod perpustakaan atau pangkalan data tidak disyaratkan sebagai OSS.
Aplikasi berasaskan web kini semakin popular dan ia banyak diatur cara menggunakan teknologi sumber terbuka. Hasilnya, kos untuk membangunkan aplikasi berkenaan menjadi lebih murah. Syarikat yang membangunkan aplikasi berkenaan perlu menyemak sama ada kod yang dimanfaatkan itu tidak melanggari lesen GPL.
5. Perisian OSS popular dicipta oleh profesional, bukannya amatur.
Sebahagian besar perisian sumber terbuka yang dihasilkan oleh golongan pengatur cara komputer profesional yang diupah atau bekerja dengan syarikat atau organisasi tertentu. Walaupun OSS membolehkan semua pihak terbabit sama namun bagi mendapatkan hasil yang baik, perisian perlu dihasilkan oleh mereka yang benar-benar pakar.
Syarikat ICT ternama seperti Apple, IBM dan Novell melabur dengan banyak bagi pembangunan perisian sumber terbuka.
6. Perisian OSS boleh dijual bagi mendapatkan keuntungan.
Walaupun pada tanggapan umum, OSS adalah percuma namun sebenarnya mereka yang terbabit dalam membangunkan perisian berkenaan boleh menjual atau menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan.
Sebahagian besar penyedia perkhidmatan OSS mengikuti pelan perniagaan yang membabitkan perundingan, sokongan atau peningkatan produk.
7. Sokongan komersial tersedia untuk OSS.
Nama syarikat gergasi seperti IBM, Sun Microsystems, Red Hat dan Hewlett-Packard turut menyediakan sokongan komersial kepada OSS.
Model umum yang biasa diikuti bagi penyedia perkhidmatan OSS ialah mengenakan bayaran berdasarkan sokongan teknikal yang diberikan dan memberikan perisian secara percuma.