Saiz Teks
Please update your Flash Player to view content.

Soalan Lazim

Undi Pengguna: / 155
Kurang BaikTerbaik 

1. Dimanakah Lokasi Yayasan Terengganu?

  • Yayasan Terengganu terletak di kawasan Kuala Terengganu yang terletak bersebelahan dengan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
  • Yayasan Terengganu,
  • Bangunan Yayasan,
  • Jalan Sultan Ismail,
  • 20200 Kuala Terengganu,
  • Terengganu Darul Iman.
  • Malaysia.

 

2. Bagaimana Yayasan Terengganu boleh dihubungi ?

  • Talian telefon Yayasan Terengganu : 09 – 6221733
  • Talian Faks : 09 – 6232944
  • Portal : www.ytrg.terengganu.gov.my
  • Emel   : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

3. Bilakah waktu Operasi Yayasan Terengganu?

  • Ahad hingga Rabu (buka), 8.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Khamis (buka), 8.00 pagi - 3.30 petang
  • Jumaat dan Sabtu ( tutup )

 

4. Berapa Bahagian yang terdapat di Yayasan Terengganu?

  • Terdapat 8 Bahagian iaitu :
  1. Tajaan
  2. Kewangan
  3. Bayaran Balik
  4. Pendidikan
  5. Khidmat Pengurusan
  6. Projek & Pelaburan
  7. Perancangan & Teknologi Maklumat
  8. Pengurusan Imtiaz     

 

4.  Bahagian Yayasan Terengganu yang manakah mengendalikan pinjaman pelajaran?

  • Pengurusan berkait dengan pinjaman pelajaran kepada para pelajar negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditetapkan, beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara dan Institusi Latihan Teknikal dikendalikan oleh Bahagian Tajaan.

 

5.  Kepada siapakah penajaan diberikan?

  • Penajaan lebih berfokus kepada mereka yang tidak mendapat tajaan daripada badan penaja utama seperti Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional(PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya.


6.  Bagaimanakah kaedah untuk Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Terengganu?

  • Bayaran Tunai di Kaunter Bayaran Pejabat Yayasan Terengganu.
  • Melalui potongan gaji
  • Bayaran cek, wang pos dan kiriman atas nama 'PENGARAH YAYASAN TERENGGANU' dan dipalang TIDAK BOLEH NIAGA
  • Bayaran melalui mana-mana cawangan BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) di seluruh Malaysia,kaedahnya:

 

          a. Pembayaran TUNAI sahaja dan menggunakan Borang Arahan Pindahan yang boleh didapati di mana-mana cawangan BSN.
          b. No. Akaun Yayasan Terengganu: 11100-29-00018094-7
          c. Keterangan berkaitan Borang Arahan Pindahan:

  1. Nama Pembayar adalah Nama Peminjam Yayasan Terengganu
  2. No. Bil (Ruj.1) : Ruangan bagi No. KP (lama)Peminjam
  3. No. Bil (Ruj.2) : Ruangan bagi No. KP (baru)PeminjamIngatan: Pastikan Nama & No.KP tuan/puan adalah betul

 

7.  Selain pinjaman IPTA / IPTS, adakah terdapat bantuan untuk pelajar sekolah?

  • Bantuan dan Kebajikan
  • Beberapa jenis bantuan kewangan di peringkat rendah dan menengah dapat dimanfaatkan oleh pelajar . Bantuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
  • Bantuan Murid Miskin Sek. Ren. Berasrama.
  • Bantuan makan dan wang saku diberi kepada pelajar yang tinggal di sekolah rendah berasrama yang mana ibu/bapa mereka berpendapatan RM500.00 dan ke bawah. Sekolah tersebut ialah SK Pusat Kemaman, SK Kuala Jengal Dungun, SK Bt 29 Setiu, Sk Tengkawang Kuala Brang, dan SK Kg Buluh, Setiu. Setiap pelajar dibayar sebanyak RM360.00 setahun.
  • Bantuan Kanak-Kanak Cacat Pendengaran
  • Bantuan wang saku diberi kepada pelajar yang tinggal di asrama Sek Pendidikan Khas di Chendering dan Kg Raja Besut. Setiap pelajar dibayar RM418.00 setahun.
  • Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT).
  • BKYT sekolah Elit.
  • Mulai tahun 2007, BKYT hanya diberi kepada semua pelajar yang layak termasuk sekolah elit di SMK Lembah Bidong, SMK Mak Lagam, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kuala Brang dan SM Imtiaz Kuala Terengganu. Setiap pelajar dibayar RM840.00 setahun.
  • BKYT Selain sekolah Elit.
  • BKYT ini diberi kepada pelajar yang layak dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar ini dibayar RM600.00 setahun.
  • Biasiswa Kecil Pra Universiti Yayasan Terengganu (BK Pra-U)
  • Biasiswa ini diberi kepada pelajar-pelajar yang layak di tingkatan enam dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar dari aliran sains dibayar RM100.00 sebulan sementara pelajar aliran sastera RM80.00 sebulan.

 

8.  Adakah terdapat Anugerah yang diberikan kepada Pelajar yang Cemerlang dalam Peperiksaan?

  • Sebagai menghargai kecemerlangan pelajar di semua peringkat peperiksaan, Yayasan Terengganu telah mengadakan Hadiah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar. Setiap tahun pelajar terbilang akan dianugerah Pingat Emas daripada kalangan pelajar SPM. Pelajar terpilih ini akan dianugerahkan hadiah seperti berikut:
  1. Sebuah medal
  2. Sebuah komputer riba.
  3. Wang tunai RM1,000.00
  4. Sehelai 'blazer'.
  5. Sijil penghargaan.
  • Di samping itu semua pelajar Terengganu (Ibu/bapa mestilah Rakyat Terengganu) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ijazah pertama, STPM/STAM, SPM iaitu 8A (termasuk 4 1A subjek teras), 8A dalam PMR dan 5A dalam UPSR diberi hadiah wang tunai serta sijil penghargaan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu. Anugerah ini akan diadakan di setiap DUN dengan kerjasama Wakil Rakyat kawasan berkenaan.

Daftar (Kakitangan YT)