Berita Utama
Pengurusan Imtiaz
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2013
SEKOLAH MENENGAH imtiaz YAYASAN TERENGGANU
-- TAHUN 2013 --
Permohonan telah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu atau telah bermastautin di Terengganu yang mendapat 5A Sahaja dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 untuk kemasukan ke tingkatan satu tahun 2013 :-
1. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Besut
2. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Dungun
3. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang
4. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
5. Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
Syarat-syarat kemasukan:-
1. Permohonan mestilah warganegara Malaysia
2. Permohonan perlulah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2012.
3. Permohonan merupakan Anak Terengganu.
- Bapa atau/dan ibu lahir di Terengganu ATAU
- Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
4. Pelajar yang bukan anak Terengganu boleh juga memohon tetapi keputusan adalah bergantung kepada peruntukankouta 10% untuk pelajar bukan anak Terengganu.
5. Lulus dalam sesi temuduga.
Permohonan `on-line’ boleh dibuat di setiap Sekolah Menengah imtiaz, Pusat Bestari.Comm di DUN masing-masing ,
Calon yang layak memohon awal (Pre-Online) untuk dapatkan ID bolehlah menggunakan keputusan percubaan UPSR 5A atau 4A 1B. Keputusan sebenar perlu dikemaskini dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
Penempatan pelajar ke Sekolah-sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu adalah berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu
Calon yang tidak Pre-Online tetapi mendapat 5A UPSR 2012 layak memohon dalam tempoh 10 hari keputusan UPSR diumumkan.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
Tingkat Tiga, Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu
Tel: 09-6221733 Faks: 09-6232944
(*) Temuduga akan dibuat kepada semua pelajar yang memilih untuk memasuki sekolah ini.
(Kehadiran dan komitmen Ibu bapa / penjaga juga diambil kira dalam pemilihan pelajar)
”ULUL ALBAB MENCIPTA ZAMAN”
Permohonan telah DITUTUP. Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi.
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|










