Berita Utama
Tajaan
Penajaan Pelajar
|
a. TAJAAN PELAJAR KE IPTA IPTA yang terlibat ialah:
Tajaan juga turut melibatkan beberapa buah institusi pengajian milik kerajaan negeri dan beberapa buah kementerian, iaitu :
b. TAJAAN PELAJAR KE IPTS Penajaan pelajar ke IPTS pula tertumpu kepada IPTS yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan menjalankan kursus-kursus yang dilulus dan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Antara IPTS yang menjadi fokus utama ialah:
IPTS-IPTS selain dari senarai di atas akan ditentukan berdasarkan kelulusan JPS, LAN dan program kerjasama yang dijalankan dengan IPTA. c. TAJAAN PROGRAM 'TRAINEE AIRCRAFT MAINTENANCE ENGINEER' (TAME) Yayasan Terengganu turut menaja pelajar-pelajar negeri ini bagi mengikuti program TAME selama tiga tahun (enam semester) bagi melayakkan mereka memperolehi Lesen Jurutera Penyenggaraan Pesawat Terbang mulai 2006. Program ini telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Program ini dikendalikan oleh Aero Precision Resourses (APR) - Aviation Training Centre (ATC) dan pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (OJT) pula dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad. d. TAJAAN KE PROGRAM FOUNDATION: A-LEVEL, SOUTH AUSTRALIAN MATRICULATION, NEW SOUTH WALES MATRIKULATION, INTERNATIONAL BACCALAUREAT DAN AMERICAN DEGREE FOUNDATION Yayasan Terengganu turut menaja pelajar Bumiputera negeri ini untuk mengikuti program di atas mulai 2005/2006. Butiran kelulusan adalah seperti berikut:
e. TAJAAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LUAR NEGARA Tajaan pelajar ke institusi pengajian tinggi luar negara dibuat berdasarkan kepada institusi pengajian dan kursus yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi kursus Perubatan. Negara-negara yang menjadi tumpuan ialah:
Penajaan lebih tertumpu kepada kursus Pengajian Islam yang melibatkan institusi-institusi pengajian seperti;
Mulai sesi 2006/2007, penajaan tertumpu kepada kursus perubatan dan pergigian di universiti-universiti berikut:
Yayasan Terengganu turut membuka peluang penajaan kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian di negara-negara Eropah yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Finland, Perancis, Belanda dan Swizerland. Kemudahan ini terbuka kepada mereka yang mendapat CGPA 3.50 dan ke atas di peringkat Diploma dan mendapat tawaran di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains dan teknologi. Tawaran penajaan adalah untuk tahun akhir pengajian sahaja dan mencakupi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup.
Dasar penajaan turut diperuntukkan kepada mereka yang mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama dan mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.d di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Amerika Syarikat (seperti Oxford, Harvard dan sebagainya). Tajaan bagi peringkat ini adalah berbentuk biasiswa.
Yayasan Terengganu juga mempunyai dasar penajaan bagi mengikuti pengajian di pelbagai IPT di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan. Bidang pengajian yang menjadi tumpuan sejak awal tahun 1980an ialah Akauntansi (CACA & ICMA), Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Senibina, Penilaian, Pengurusan Harta, Sains Komputer dan Ukur Bahan. Bagaimanapun, mulai 1988/1989, Yayasan Terengganu memberhentikan penghantaran pelajar ke USA di sebabkan terlalu ramai lulusan daripada universiti-universiti di negara tersebut berbanding dengan permintaan dalam pasaran kerja. Namun, dalam masa yang sama permintaan ke atas kursus-kursus profesional adalah meningkat. Justeru itu Yayasan Terengganu telah mengalih tumpuan dengan menghantar pelajar ke United Kingdom. f. TAJAAN KE INSTITUSI LATIHAN TEKNIKAL Yayasan Terengganu juga menaja para pelatih yang mengikuti pelbagai kursus kemahiran di institusi latihan teknikal yang diiktiraf oleh kerajaan.
g. DASAR PENAJAAN (PINJAMAN PELAJARAN) BAGI MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA TERENGGANU Dasar ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar yang ketinggalan dari arus pendidikan perdana mengikuti latihan bercorak kemahiran secara formal.
|
| < Sebelum | Seterusnya > |
|---|










