spacer.png, 0 kB
ProfilInteraktifIntranetSudut ICT

Menu Utama

Laman Utama
Info Tajaan
Info Bantuan Persediaan
Info Bantuan Pelajaran
Info Pendidikan
Info Bayaran Balik
Berita
Tazkirah
e-Akhbar
Webmail
YTRG's eGroupWare
Muat Turun
Pautan
Buku Pelawat
Hubungi Kami
Peta Laman

Daftar Masuk (Kakitangan Sahaja)






Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Daftar Sekarang

Siapa Ditalian

Kami ada 4 tetamu online

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB

Pengumuman


  1. Untuk makluman, penyata pinjaman dan juga pertanyaan baki boleh disemak melalui pautan Interaktif.

  2. Permohonan mengikuti program pengajian lepasan SPM / setaraf di IPTA sesi 2008 / 2009 secara online. Sila layari http://www.mohe.gov.my. Para pelajar boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma di Pusat Bestari.Com setiap DUN dan di  One Stop Centre, Yayasan Terengganu.

  3. Pengurusan Yayasan Terengganu mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT. Permohonan Bantuan Persediaan untuk mereka yang layak sedang dibuka. Sila dapatkan borang di pejabat Yayasan Terengganu atau di Pejabat-pejabat DUN.

 
Iklan PDF Cetak E-mail

Permohonan

  • Iklan

    • Iklan akan dikeluar dan diedarkan kepada pusat pengajian - Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Unit Rundingcara, media dan jabatan-jabatan kerajaan.

    • Masa iklan dikeluarkan :

    IPTS dan IPTA

    : Mei dan  Oktober

    TAME

    : Disember

    Timur Tengah

    : April

    India, Pakistan, Ukraine, Indonesia dan Russia

    : Mei

    Negara-negara Eropah

    : Mei

    IPT terkemuka di United Kingdom dan USA

    : Mei

    Institusi Latihan Teknikal

    : Mei

    Kemahiran MLVK 

      Mac

    Program A-Level

    Februari

    Lesen Jurutrebang

    Februari

    Indonesia

    Februari

 

  • Borang Pinjaman boleh dimuat turun pada pautan Menu Utama-Muat Turun-Dokumen-Borang Pinjaman


BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010

Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-  

1.         KURSUS DAN INSTITUSI PENGAJIAN 

i.         Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Mesir.                      

ii.        Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Rusia. 

iii.       Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir, Maghribi dan Jordan – Universiti Al-al Bayt, Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.           

iv.        Program A-Level, South Australian Matriculation, New South Wales Matriculation, International Baccalaureat, American Degree Foundation Programme dan Program Persediaan ke Jepun. 

v.        Lesen Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang (Aircraft Maintenance Engineer’s Licence [AMEL]) dengan APR. 

vi.       Lesen Jurutera Kapal Terbang (Type Rated Licenced Aircraft). 

vii.      Lesen Juruterbang Kapal Terbang Komersial (CPL/A). 

viii.       Lesen Juruteknik Kapal Terbang dengan MAS.   

2.         SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 

i.        Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.   

ii.       Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.  

 3.         KELAYAKAN AKADEMIK 

i.          Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti-universiti di Mesir. 

            a.         Lulus SPM dengan mendapat A dalam enam (6) subjek termasuk tiga (3) subjek Sains Tulin, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris, ATAU 

            b.         Lulus program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memperolehi CGPA 3.50 dan keatas, DAN   

            c.         Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM.

             d.         Calon-calon yang boleh menguasai Bahasa Arab dengan baik adalah diutamakan. 

ii.        Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Rusia. 

            a.         Lulus SPM dengan mendapat A dalam enam (6) subjek termasuk tiga (3) subjek Sains Tulin, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris, ATAU 

            b.         Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dalam Aliran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dan 2B,  ATAU 

            c.         Lulus program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memperolehi CGPA 3.50 dan keatas, DAN   

            d.         Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM.   

iii.         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir. 

            a.         Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat pangkat ‘Jayyid’ dan diterima masuk keperingkat Ijazah Sarjana Muda, ATAU 

            b.         Lulus Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dengan mendapat CGPA 3.00 dan keatas. Pelajar-pelajar yang sedang berada di semester enam (6) dibenarkan memohon dengan syarat pencapaian GPA sehingga semester lima (5) ialah 3.00 dan keatas. Bagaimanapun, pertimbangan tawaran pinjaman adalah tertakluk kepada pencapaian CGPA 3.00 dan keatas  bagi tempoh enam semester yang ditetapkan, ATAU 

            c.         Lulus Sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman atau diiktiraf setaraf dengannya, dengan mendapat pangkat sekurang-kurangnya ‘Jayyid’ dan diterima masuk ke peringkat Takhassus Maahad Tahfiz Al-Azhar, DAN 

            d.         Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.   

iv.         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi. 

            a.         Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 5 Kepujian iaitu mendapat A 2 dalam matapelajaran Bahasa  Arab Tinggi / Komunikasi dan sekurang-kurangnya Pangkat B dalam matapelajaran berikut:- 

                        i.          Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah           

                        ii.          Pendidikan Syariah Islamiah DAN

                        iii.         Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu 

            b.         Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat “Jayyid” atau Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu. 

v.         Program A-Level, South Australian Matriculation, New South Wales Matriculation, International Baccalaureat dan American Degree Foundation Programme, Program Persediaan ke Jepun. 

            a.         Lulus cemerlang diperingkat SPM 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A1 termasuk subjek teras. 

            b.         Lulus ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga yang dikendalikan oleh Panel Pelajar Cemerlang Terengganu.  

vi.         Lesen Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang (Aircraft Maintenance Engineer’s Licence [AMEL]).               

            a.         Berumur antara 21 hingga 26 tahun. 

            b.         Memiliki kelulusan diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Aeronautik atau Kejuruteraan Mekanikal atau Mekatronik atau Kejuruteraan Elektrik dari UTM, UiTM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia semasa memohon. 

            c.         Sihat dari segi fizikal, mental, baik penglihatan dan tidak rabun warna. 

Vii         Lesen Jurutera Kapal Terbang (Type Rated Licensed Aircraf) – MAS 

            a.         Berumur antara 17 hingga 26 tahun. 

            b.        Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya mendapat 5 kredit termasuk B4 dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, DAN 

            c.        Lulus peperiksaan perubatan Class 1.  Peperiksaan ini hendaklah disempurnakan oleh calon-calon yang berjaya dalam ujian pemilihan yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu dan pusat latihan berkenaan.  

viii.       Lesen Juruterbang Kapal Terbang Komersial (CPL/A). 

            a.         Berumur antara 18 hingga 26 tahun. 

            b.         Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya B dalam  Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Bahasa Inggeris dan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu.  

            c.         Lulus peperiksaan perubatan Class 1. Peperiksaan ini hendaklah disempurnakan oleh calon-calon yang berjaya dalam ujian pemilihan dan temuduga yang akan dikendalikan oleh Yayasan Terengganu dan Akademi Penerbangan.  

ix.         Lesen Juruteknik Kapal Terbang - MAS

             a.         Berumur antara 17 hingga 26 tahun. 

            b.         Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya mendapat 5 kredit termasuk C 6 dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, DAN 

             c.         Lulus peperiksaan perubatan Class 1. Peperiksaan ini hendaklah disempurnakan oleh calon-calon yang berjaya dalam ujian pemilihan dan temuduga yang akan dikendalikan oleh Yayasan Terengganu dan Akademi Penerbangan.  

4.         PERMOHONAN DARIPADA PELAJAR-PELAJAR YANG SEDANG BERADA  DI PUSAT PENGAJIAN. 

Permohonan juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang sedang berada di pusat-pusat pengajian dengan syarat-syarat berikut:- 

i.          Perubatan Dan Pergigian 

            a.         Telah naik tahun dan ke atas dan memenuhi syarat perkara 2 (i) dan (ii) di atas. 

            b.         Mempunyai rekod prestasi akademik ynag cemerlang dengan memperolehi CGPA 3.5 ke atas bagi tahun sebelumnya. -       Sila lampirkan salinan keputusan yang telah disahkan.

            c.         Pemohon hendaklah mengemukakan surat tawaran pengajian yang asal.  Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya pemohon gagal mengemukakan surat pengesahan ini.  

5.         TEMPOH PINJAMAN            

a.         Perubatan di Mesir                  -           6 tahun.           

b.         Pergigian di Mesir                   -           5 tahun.           

c.         Perubatan di Rusia                 -           6 tahun             

d.         Pengajian Islam dan               -           1 hingga 2 tahun (lulusan Diploma).                       

            Bahasa Arab                        3 tahun (lulusan Maahad Tahfiz).                                                                                   

                                                        4 tahun (lulusan STAM).               

e.         A-Level / Kursus Persediaan  -           1 ½ hingga 2 tahun.

f.          AMEL   (APR)                          -           3 tahun.           

g.         TRLA (MAS)                            -           5 tahun           

h.         CPL/A                                      -           1 ½ tahun           

i.          Juruteknik                                -           2 tahun. 6.        

CARA MEMOHON 

a.         Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati daripada Pejabat Yayasan Terengganu.

b.         Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu: http://www.ytrg.terengganu.gov.my.

7.         DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-  

        a.         Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan. 

        b.         Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (transkrip). 

        c.         Lima (5) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke Rusia dan Mesir).                

        d.         Dua ( 2 ) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke program Jurutera / Juruteknik Penyenggaraan Dan Juruterbang Kapal Terbang).                         

8.         TARIKH TUTUP 

Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu pada atau sebelum tempoh berikut: 

        a.         30 April 2009 bagi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Maghribi (kemasukan berdasarkan Diploma).  

        b.         Dua ( 2 ) minggu selepas keputusan SPM, STPM serta STAM 2008 dikeluarkan bagi pemohon yang akan mengikuti Kursus Perubatan dan Pergigian di Mesir dan Rusia (kemasukan berdasarkan (STPM), A-Level dan Pengajian Islam/Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Maghribi (kemasukan berdasarkan  SPM dan STAM).            

        c.         31 Mac 2009  bagi Lesen Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang (Aircraft Maintenance Engineer’s Licence [AMEL]) dan Lesen Juruterbang Kapal Terbang Komersial (CPL/A). 

        d.         Tiga ( 3 ) minggu selepas keputusan SPM, dikeluarkan bagi Kursus Juruterbang Kapal Terbang (TRLA) dan Juruteknik Kapal Terbang dengan MAS.  

9.         TEMUDUGA 

        a.         Pemohon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menjalani ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga. 

        b.         Pemohon-pemohon yang lulus dalam ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga akan ditawarkan pinjaman. Bagi mereka yang akan ke Mesir, Jordan dan Maghribi, tawaran pinjaman akan diasaskan juga kepada kebenaran dan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

        c.         Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. 

YAYASAN TERENGGANU

BANGUNAN YAYASANJALAN SULTAN ISMAIL

20200 KUALA TERENGGANU.       

8 Mac 2009.                   

 
< Sebelumnya   Kemudian >
spacer.png, 0 kB

Pautan Aplikasi


spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB